HomeHiburanNaim Daniel kini dah berpunya?

Naim Daniel kini dah berpunya?

CYBERJAYA: Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel mendedahkan sedang mengenali hati budi seorang wanita kerana disifatkan mempunyai sikap dan pemikiran yang sama.

Bagaimanapun, Naim Daniel, 26, belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut mengenai identiti wanita yang bertakhta di hatinya ketika ini.

“Hubungan kami baru saja nak berputik, tapi keluarga kedua-dua belah pihak sudah maklum mengenainya. 

“Saya selesa dengannya kerana kami ada persamaan iaitu memiliki sikap ‘gila-gila’ dan mempunyai pemikiran yang sama,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Tambah Naim, ayahnya menasihatkan untuk tidak terlalu teruja dengan hubungan yang baru dibina kerana risau dikecewakan.

“Dia seorang yang sangat baik, tapi bapa saya nasihatkan supaya jangan terlalu teruja sebab bimbang menangis nanti. 

“Sebab itu saya lebih selesa untuk tidak membicarakan perkara ini terlalu mendalam. Soal  percintaan atau perpisahan lebih baik simpan untuk diri sendiri saja,” ujarnya.

Pelantun lagu Sumpah itu memberitahu dia tidak bercadang untuk ke fasa seterusnya kerana mereka masih di fasa berkenalan.

“Memang saya ada keinginan untuk berkahwin, tapi bukan sekarang. Banyak benda yang saya kena fikirkan terutama berkaitan dengan kerjaya nyanyian dan lakonan.

“Kalau boleh saya ingat menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun. Nanti umur dah banyak tapi anak masih kecil lagi.

“Jika saya nak kahwin atau ada sebarang majlis saya akan beritahu. Kami baru di fasa baru hantar mesej hello-hello,” katanya berseloroh.

Author

Pilihan Editor