HomeBeritaViralMasuk Pulau Kapas kena bayar 3 'tol' - Netizen bengang caj mahal,...

Masuk Pulau Kapas kena bayar 3 ‘tol’ – Netizen bengang caj mahal, fasiliti terhad

KEINDAHAN di Pulau Kapas yang terletak di daerah Marang, Terengganu sememangnya memukau pandangan setiap pengunjung yang menjejakinya.

Namun, disebalik keindahan itu timbul satu isu mengenai caj kemasukan ke kawasan itu yang disifatkan semakin mahal dan menyusahkan.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Farah Azianti, banyak ‘tol’ dikenakan pihak berkuasa untuk pengunjung memasuki Pulau Kapas.

“Banyak nya tol nak ke Pulau Kapas, 2017- beli tiket bot RM30 terus ke jeti masuk pulau, 2021- beli tiket bot RM35, otw masuk jeti ada meja, bayaran RM5 ke Majlis Daerah.

“2023 – beli tiket bot RM40, nak masuk jeti kena tahan dengan penguatkuasa, disuruh ke kaunter lain bayar fee taman laut RM5. Lepas dah bayar, penguatkuasa cakap kena gi kaunter lain lagi, bayar Majlis Daerah RM5.

“Isu dia kat sini kenapa sampai ada tiga kaunter berlainan? Tak boleh ke semua tu bayar kat kaunter tiket bot? Tak pernah dibuat pulau-pulau lain macam ni. Rasa macam kena scam pun ada,” luahnya.

Tambah Farah, penyediaan fasiliti seperti kawasan parkir sebelum menaiki bot yang masih tidak cukup dan keadaan tandas di Pulau Kapas tidak setara dengan caj yang dikenakan pihak berkuasa masa kini.

“Dah la parking tak pernah cukup, masih lagi kena tambah bayar parking.

“Tandas kat pulau masih lagi sama. Bot masih lagi drop passenger kat tepi pantai instead of jetty, tak selamat orang nak mandi manda.

“So alang-alang dah kutip duit tu sila lah upgrade facility ya Majlis Daerah Marang/Majlis Daerah Marang Rasmi,” tulisnya.

Perkongsian Farah yang dimuat naik dalam FB Page Terengganu Darul Iman itu turut mendapat perhatian orang awam yang rata-ratanya setuju dengan luahannya itu.

“Kalau dah bayar untuk Majlis Daerah, harap-harap semua kemudahan dilaksana dengan baik. Tandas dijaga dengan bersih + tambahkan tandas, besarkan surau kalau ada. Tambahan lot parking. Pengunjung semakin ramai di jeti dan Pulau Kapas,” komen netizen.

“Yer sunggohlah. Mahal yakmat doh nak g pulau kapah lening. Bayo tu bayo ning,” tulis seorang lagi warga maya.

“Orang cina kata dok sistematik. Orang ganu kata wak keje dok kemah. Moleknya bukok sekaunter. Satu pembayaran tu termasuk belaka doh dalam tu majlis daeroh ke taman laut ke kut mu ahh. Wi resit menyatakan belaka atah se resit bereh selalu. Ni nok musing bayor situ bayor sini dok bijok aa gitu. Ce uboh sikit,” ujar netizen.

Author

Pilihan Editor