HomeGaya Hidup'Newborn baby' tak henti menangis? Jom ikuti tips dari Dr Tan

‘Newborn baby’ tak henti menangis? Jom ikuti tips dari Dr Tan

CYBERJAYA: Buat wanita yang bergelar ibu pasti pernah merasai situasi di mana bayi tidak berhenti menangis.

Menurut seorang doktor, para ibu hanya melakukan beberapa pergerakan kecil yang mudah untuk menghentikan tangisan bayi.

Melalui perkongsian video TikTok @nrliyana96, kelihatan seorang doktor sedang mengangkat bayi yang menangis lalu menggendongnya.

Hanya dalam beberapa saat, bayi yang menangis itu berhenti menangis selepas doktor tersebut melakukan beberapa pergerakan.

Doktor yang dikenali sebagai Dr.Tan, bertugas di Hospital Lam Wah E Pulau Pinang menerangkan cara menenangkan bayi terutama bagi yang baru lahir.

Menurut Dr Tan, sewaktu ingin memujuk bayi baru lahir yang menangis, pastikan si kecil didukung berhampiran perut dan dada anda.

Kemudian buat gerakan seperti menghayun ke kiri dan ke kanan secara lembut berulang kali sambil berjalan sedikit sehingga tangisan berhenti.

@nrliyanazmri_

Cara senyapkan baby newborn menangis . pencerahan dr Tan dari hospital Lam wah e Penang . #baby #newborn #newbornbaby #infobaby #momtobe #berpantang #ibuselepasbersalin #newbornbabycrying #parents #ilmuparenting #fyp

♬ original sound – Nana🤍 – Nana🤍

Malah Dr tan turut berkongsi tips mengejutkan bayi baru lahir daripada tidur untuk menyusu.

  1. Ibu perlu merangkul bayi dengan meletakkan sebelah tangan di kawasan belakang kepalanya dan sebelah tangan lagi di bahagian bawah badan bayi.
  2. Lakukan pergerakan ‘membuai’ ke atas ke bawah seakan menimang dengan lembut.
  3. Kemudian, buat pergerakan ke depan dengan perlahan-lahan.
  4. Ulangi langkah dua dan tiga sehingga mulut bayi terbuka untuk diberikan susu.

 

Author

Pilihan Editor