HomeBeritaPeminat nasi kandar ‘kental’ datang dari jauh, beratur di Sunway Putra

Peminat nasi kandar ‘kental’ datang dari jauh, beratur di Sunway Putra

KUALA LUMPUR: Acara Nasi Kandaq Festival yang berlangsung di Sunway Putra Mall, disini dari 23 hingga 24 September nyata mendapat sambutan hangat.

Mana tidaknya, sejak pukul 9 pagi lagi orang ramai sudah mula beratur di hadapan khemah-khemah yang menyediakan aneka nasi kandar dari pelbagai kedai yang popular.

Tinjauan MEDIA VARIASI pada pukul 4 petang turut mendapati masih ramai yang ‘kental’ beratur menanti giliran untuk membeli nasi kandar.

Malah, ada juga yang sanggup datang dari jauh semata-mata menikmati juadah popular dari Pulau Pinang itu.

“Saya mai dari Seremban, alang-alang anak ada program dekat area ini.

“Anak sayalah beritahu ada festival nasi kandar, dok ajak mai makan, sanggup tu tak makan nasi tengahari sebab nak mai makan kat sini,” kongsi seorang pengunjung bernama Rokiah Harun.

“Saya adalah peminat nasi kandar tegar, jadi memang kena kental nak beratur beli tu beratur berjam-jam. Datang dari jauh so kena hadap juga la semata-mata nak makan nasi kandar,

“Ingat nak try nasi kandar Yusof tapi sold out pulak so kita pekena jela mana yang ada,” kata Asyreena yang juga anak jati Pulau Pinang.

“Penat beratur nak dekat sejam, mujur dapat juga rasa nasi kandar ni.

“Tu belum masuk nak cari tempat duduk nak makan, punyalah ramai orang tapi tula vibes acara tu yang seronok baru best makan nasi kandar,” kata seorang lagi pengunjung yang dikenali sebagai Shuhaila Rahip.

Nasi Kandaq Festival 2023 merupakan acara julung kalinya diadakan anjuran FriedChillies dengan kolaborasi Sunway Putra Mall yang menghimpunkan 10 jenama nasi kandar terbaik di Malaysia di bawah satu bumbung.

Antara jenama nasi kandar paling ‘surr’ yang mengambil bahagian adalah Nasi Kandar LC (Line Clear) Kampung Baru, Restoran Hameediyah, Sadam Nasi Kandar, Restoran Kudul Abdul dan Nasi Kandar Bawah Pokok (Nasi Kandar Jamal Mohamed).

Turut serta ialah Sithique Nasi Kandar, Restoran Yusuf, Nasi Kandaq Talam Johor Bahru, Restoran Liga Maju Nasi Dalca Ayam Negro dan Pelita Nasi Kandar Taman Chai Leng.

Author

Pilihan Editor