HomeBeritaMusa Hassan kahwini Qistina Lim

Musa Hassan kahwini Qistina Lim

CYBERJAYA: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, 72, selamat melangsungkan perkahwinan bersama wanita pilihannya dikenali Qistina Lim, pada malam tadi.

Menerusi lokasi yang dikongsi melalui hantaran Facebook seorang individu dipercayai adiknya, Mohammad Izzat Hassan, majlis resepsi pasangan itu diadakan di sebuah hotel di Shah Alam.

Mohammad Izzat menerusi kapsyen di hantaran terbabit menzahirkan ucapan tahniah kepada abang sulungnya.

“Syukur Alhamdulillah dan congratulations, Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim.

You always be my idol, my advisor, my leader and my brother.

Welcome kak long PS Qistina to our family. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke Jannah, Amin YRA,” tulisnya.

Untuk rekod, Musa Hassan sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42 tetapi selepas 10 tahun berkahwin, Elly memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 30 Mac lalu.

Permohonan cerai itu difailkan kerana faktor Shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa.

Author

Pilihan Editor