HomeGlobalPesawat terhempas pada majlis umum jantina bayi

Pesawat terhempas pada majlis umum jantina bayi

KETERUJAAN pasangan suami isteri ketika mengumumkan jantina cahaya mata mereka bertukar menjadi sebuah tragedi baru-baru ini.

Lapor NDTV, kejadian bermula apabila pasangan itu dirakam tersenyum dan berpegangan tangan di hadapan tetamu mereka dalam majlis yang berlangsung di San Pedro, Mexico.

Beberapa saat kemudian, sebuah pesawat yang melintasi dari ruang udara tidak semena-mena hilang kawalan sebelum terhempas berhampiran lokasi kejadian.

Namun, kesemua tetamu dilihat seolah-olah tidak mempedulikan kemalangan itu, sebaliknya hanya tertumpu kepada majlis tersebut.

Menurut laporan media antarabangsa, nahas itu berlaku apabila sayap kiri pesawat jenis Piper PA-25 mengalami masalah.

Keadaan pesawat terbabit selepas mengalami kemalangan. -Foto: Agensi

Juruterbang dikenali sebagai Luis Angel N, 32, ditemui terbaring di dalam serpihan pesawat sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kejadian itu berlaku, namun video mengenainya kini berlegar-legar di media sosial.

Author

Pilihan Editor