HomeBeritaPolitikPRK Pelangai: Saingan 3 penjuru antara BN, PN dan calon bebas

PRK Pelangai: Saingan 3 penjuru antara BN, PN dan calon bebas

BENTONG: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas.

BN diwakili Datuk Amizar Abu Adam; PN, Kasim Samat manakala Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Pegawai Pengurus PRK DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail yang mengumumkan pencalonan pada pukul 10.16 pagi berkata, kesemua tiga kertas penamaan calon telah diterima.

“Saya telah meyemak kertas penamaan dan setelah selesai, saya berpuas hati tiada calon ditolak penamaan dengan ini saya umun calon sah bertanding.

“Mereka ialah Datuk Amizar Abu Adam calon BN pada pukul 9.01 pagi, Kasim Samat, (PN) pada pukul 9.02 pagi dan Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas) pada pukul 9.08 pagi,” katanya di pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini hari ini.

PRK Pelangai akan diadakan pada 7 Oktober ini susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. – Kosmo!

 

Author

Pilihan Editor