HomeGlobalPuting beliung besar musnahkan struktur bangunan

Puting beliung besar musnahkan struktur bangunan

PUTING beliung yang melanda Timur China mengorbankan 10 individu dan mencederakan beberapa orang yang lain, menurut media kerajaan.

Berdasarkan statistik awal, bencana alam itu menjejaskan lebih 5,500 orang dan memusnahkan 137 kediaman.

Sementara itu, lebih 400 orang sudah dipindahkan buat sementara waktu berikutan bencana alam tersebut, lapor NDTV.

Video tular memaparkan puting beliung membentuk awan corong besar dan berpusing dengan laju, sebelum memusnahkan struktur bangunan berhampiran.

Ia berakhir apabila puting beliung berkenaan hilang dan meninggalkan jejak kemusnahan di bandar tersebut.

Video itu menjadi peringatan kepada orang ramai tentang bahaya puting beliung dan kepentingan mematuhi amaran daripada ahli meteorologi.

China menyaksikan hujan lebat pada musim panas ketika ini, manakala saintis berkata, cuaca ekstrem itu diburukkan lagi oleh perubahan iklim.

Pada 2016, sekurang-kurangnya 98 orang telah terbunuh selepas wilayah Jiangsu dilanda ribut puting beliung terburuk dalam tempoh setengah abad.

Author

Pilihan Editor