HomeBeritaViral'Salute cikgu!' - Guru guna bahasa isyarat bantu murid fahami lirik Jalur...

‘Salute cikgu!’ – Guru guna bahasa isyarat bantu murid fahami lirik Jalur Gemilang raih pujian netizen

 

TULAR di media sosial video memaparkan seorang guru dengan santai menyanyi lagu Jalur Gemilang menggunakan bahasa isyarat ketika sambutan Hari Kebangsaan di sebuah sekolah pendidikan khas di Kuantan, Pahang.

Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @namakulin22 itu memaparkan seorang guru lelaki berbaju Melayu lengkap, menyanyi penuh bersemangat.

Aksinya yang menggunakan bahasa isyarat itu bertujuan untuk memudahkan anak-anak muridnya memahami lirik lagi berkenaan.

@namakulin22

#signlanguage #belajarbahasaisyarat #cikgulin #husband #pendidikankhas #skpkkuantan #bahasaisyaratmalaysia #fypシ #handsigns #masalahpendengaran #merdeka2023

♬ original sound – namakulin – namakulin

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net memuji tindakan guru berkenaan yang nyata memahami situasi anak-anak muridnya.

Malah, ada juga yang berpandangan silibus bahasa isyarat dimasukkan dalam mata pelajaran di sekolah.

“Harap-haraplah ada cadangan bawa masuk silibus bahasa isyarat dalam mata pelajaran di sekolah walaupun hanya basic language,” komen netizen.

“Hebat cikgu..dapat tunjukkn semangat negarawan pd anak2 kkpi..semangat merdeka/ negara biya disemadikn dlm jiwa anak2 tk kira normal atau kurang upaya,” tulis seorang lagi warga net.

“Saya kagum dgn guru2 yg guna sign language agar2 anak2 oku pendengaran blh join dan faham lagu. Salute cikgu,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Author

Pilihan Editor