CYBERJAYA: Baru-baru ini, Kim Namjoon atau dikenali RM BTS dikritik sebilangan orang Islam susulan tindakannya berkongsi lagu ‘Bad religion’ dari Frank Ocean yang berunsurkan islamophobia menerusi Instagram stories.
Untuk pengetahuan, lirik lagu tersebut menggambarkan kesukaran pasangan cinta sejenis yang beragama Islam selain menggunakan perkataan Islamik ‘Allahuakbar’ yang dipercayai merupakan penghinaan buat agama itu.
Menerusi sebuah rakaman skrin siaran langsung di laman Weverse dikongsi oleh pengguna Twitter @Annanicole8888, RM menjelaskan dia tidak berniat sama sekali untuk memperlekehkan mana-mana agama.
“Saya tidak tahu apa yang awak cakapkan tetapi saya tak pernah berniat untuk memperlekehkan mana-mana agama.
“Saya hormat semua kepercayaan dan agama. Saya melihat orang berkata itu dan ini tentang saya tetapi saya tidak mempunyai sebarang niat untuk berbuat demikian. Ia hanya lagu, okay?,” katanya.
Tambahnya, dia tidak akan membuat permohonan maaf dan meminta peminatnya mempercayai kata-katanya.
“Saya dah berumur 30 tahun dan saya tidak akan meminta maaf. Percaya saja kata-kata saya. Jangan buat khabar angin atau spekulasi. Tolong percayakan saya,” jelasnya.
Bagaimanapun, RM menyedari masih ramai yang tidak mempercayai dirinya walaupun sudah memberitahu kebenaran.
“Saya tahu ramai orang tidak percaya saya dan mereka fikir saya berbohong, tetapi saya benar-benar jujur. Saya tak boleh berbohong kepada awak.
“Saya telah cuba menahan diri dan menanggung terlalu banyak perkara selama 10 tahun yang lalu, tetapi saya tidak boleh bertolak ansur lagi, tolong percayakan kata-kata saya,” luahnya.
@mvrasmi Kim Namjoon a.k.a RM BTS menjelaskan dia tidak berniat sama sekali untuk memperlekehkan mana-mana agama. It is what it is. #Islam #religion #kimnamjoonbts #newsupdate #terkini