HomeHiburan‘Sebab itu jangan main FB’ – Shila Amzah ulas isu rumah tangga...

‘Sebab itu jangan main FB’ – Shila Amzah ulas isu rumah tangga retak

BELUM cukup dua bulan kahwin, timbul pula gosip mengatakan penyanyi, Shila Amzah dan suaminya  yang juga pempengaruh media sosial, Ubai bakal bercerai.

Khabar kurang senang itu muncul apabila salah seorang pengikut Shila di Instagram memaklumkan kepadanya berhubung sebuah artikel di Facebook (FB) yang mengatakan rumah tangga selebriti itu berdepan masalah.

“Dalam posting FB ada nampak orang kata Shila Amzah dah nak bercerai. Kurang ajar ya posting FB,” tulis netizen memetik artikel Gempak.

Enggan membiarkan ia menjadi salah faham, Shila menegaskan berita yang dikongsikan di FB itu tidak benar dan tajuk ‘click bait’ yang digunakan sengaja mengundang fitnah.

“Sebab itu jangan main FB, dah teruk sangat dah dia punya news. Click bait dah tak fikir benda betul ke fitnah ke… kalau kita terdetik mempercayai dah satu hal jadi dosa pula kita,” jawab Shila.

Untuk rekod, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos lalu.

Sebelum itu, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu.

Author

Pilihan Editor