JABATAN Polis Metropolitan Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), telah menahan Duane Keith Davis berkaitan dengan pembunuhan rapper ternama Hollywood, Tupac Shakur.
Penahanan suspek yang berusia 60 tahun itu dibuat pada pagi Jumaat, kata jurucakap polis, Kevin McMahill.
“Walaupun penyiasatan mengenai kematian Shakur bermula 27 tahun yang lalu, “ia masih jauh daripada penyelesaian,” kata McMahill.
Pegawai polis itu berkata, jabatannya ‘dengan teliti menyiasat kes ini sehingga melangkah kepada tindakan penahanan” selain berusaha memastikan ‘penghakiman yang berjaya’,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Duane Davis dilaporkan, merupakan satu-satunya suspek yang masih hidup yang berkaitan dengan siasatan pembunuhan Tupac Shakur, kata pegawai polis Jason Johansson, dalam sidang media.
“Semua tiga suspek yang lain telah meninggal dunia,” jelas beliau lagi.
“Duane Davis merupakan perancang di sebalik jenayah kejam ini. Dia yang merancang pelakuan jenayah ini,” tambah Johansson.
Sekalipun, Duane Davis bukan orang yang menembak Shakur, namun, di bawah undang-undang Nevada, dia masih boleh didakwa atas tuduhan pembunuhan, kata Peguam Daerah Las Vegas, Steve Wolfson.
Ini disebabkan oleh undang-undang membantu dan menyokong negeri itu, katanya.
“Jika anda membantu seseorang melakukan jenayah, anda boleh dianggap sama bersalah,” kata Wolfson.
Menurut beliau, itu merupakan “salah satu teori dalam kes ini juga.”
Johansson berkata, polis juga optimis Duane Davis mendapatkan bekalan senjata yang digunakan daripada seorang ‘kenalan rapat’ tetapi enggan mengulas lanjut, sebaliknya, menjelaskan, semua itu akan didedahkan semasa perbicaraan.
Duane Davis dijangka muncul di mahkamah dalam beberapa hari akan datang apabila tarikh perbicaraan juri akan ditetapkan, kata polis.
Pada malam 7 September 1996, Shakur dan pasukannya menghadiri pertandingan tinju di MGM Grand di Las Vegas dan ketika meninggalkan acara tersebut, satu pergaduhan telah berlaku.
“Ketika itu, tidak ada sesiapa yang tahu bahawa inilah insiden yang akan membawa kepada penembakan balas dendam dan kematian Tupac Shakur,” kata Johansson, sambil menunjukkan rakaman keselamatan pergaduhan itu.
Mendiang Shakur dan individu lain kemudian meninggalkan tempat acara untuk menghadiri parti selepas pertandingan di kelab malam tempatan, menurut Johansson.
Pada ketika ini, Duane Davis ‘mula merancang sebuah rancangan,’ kata Johansson.
Suspek mendapatkan senjata dan kemudiannya memasuki kereta Cadillac putih bersama tiga orang lain, menurut siasatan.
Duane Davis didakwa telah memberikan senjata itu kepada penumpang yang duduk di bahagian belakang kereta itu.
Apabila kumpulan jenayah didakwa diketuai Duane Davis itu menemui Shakur, mereka menembak ke arah kereta yang dipandu olehnya, dakwa Johansson.
Cadillac putih itu meninggalkan tempat kejadian untuk membawa Shakur ke sebuah hospital tempatan, di mana beliau meninggal dunia enam hari kemudian.
Shakur berusia 25 tahun ketika dia dibunuh. – Awani/Agensi