HomeBeritaTiada objek asing pada enjin pesawat terhempas di Elmina

Tiada objek asing pada enjin pesawat terhempas di Elmina

CYBERAJAYA: Laporan awal nahas pesawat ringan jenis Beechcraft Premier di Elmina, Shah Alam mendapati, tiada bukti penemuan objek asing pada kedua-dua belah enjin kiri dan kanan kenderaan tersebut.

Laporan awal turut memaklumkan, kedua-dua enjin tidak mempunyai bukti pembebasan bilah seperti kemek, tebuk dan bulu burung pada mana-mana komponen enjin.

Jelas laporan itu, pesawat berkenaan mempunyai Sijil Kelayakan Udara sah dan telah dikekalkan dengan mematuhi peraturan.

Pada 17 Ogos lalu, negara dikejutkan dengan insiden pesawat ringan jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Selangor dan mengorbankan 10 individu termasuk pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di mana pesawat itu terhempas dua minit sebelum mendarat.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam tidak membuat panggilan kecemasan atau ‘Mayday’.

Author

Pilihan Editor