CYBERJAYA: Pelakon Zoey Rahman, 38 tidak cepat melatah apabila dikritik netizen mengenai rupa parasnya yang tidak sekacak dulu.
Zoey menerusi hantaran di Instagram dilihat menjawab soalan yang dikemukakan oleh warga net.
“Zoey dulu lagi handsome dari yang sekarang, dulu muka baby face,” tanya pengguna Instagram.
Pelakon drama Kisah Kaisara itu menjelaskan faktor umur yang membuatkan wajahnya nampak berbeza.
“Awak, dulu umur saya 20 tahun. Gerak Geri Gasing masa tu saya belum akil baligh lagi.
“Sekarang umur saya dah 40 tahun awak. Nak baby face apa? Sekarang dah jadi bapa-bapa dah,” jawabnya secara berseloroh.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan jawapan yang diberikan Zoey.
“Hahahahah lawak la diorang nak baby face eh umur 40,” tulis warga net.
“Kira herlok ni 40 maintain cam retis Korea. Orang lain 40 dah macam 50,” seloroh netizen
“Hahahaha… lah dah makin berumur takkan la nak muka macam dulu,” komen netizen.