HomeBeritaViralTom yam tak sedap, pelanggan tinggalkan nota raih pujian netizen

Tom yam tak sedap, pelanggan tinggalkan nota raih pujian netizen

CYBERJAYA: Gara-gara tidak berpuas hati dengan rasa makanan yang dihidangkan, seorang pelanggan bertindak menulis maklum balas dengan niat menegur pemilik kedai.

Menerusi hantaran di grup Facebook ‘Makan Sedap’, pelanggan itu mengadu mengenai rasa masakan yang diterimanya sudah tidak enak seperti dahulu.

“Dua kali dah saya mai, awat dua-dua kali mai dah tak sedap macam dulu-dulu dah?.

“Tom yam apa ni takdak rasa macam, pedaih maneh lemak pon. Cuma rasa udang kering lebih ja huhu, sedihnya,” komen pelanggan itu.

Rata-rata warga net yang melihat hantaran itu menganggap pelanggan berkenaan sebagai orang yang berbudi bahasa dan mempunyai peribadi yang baik.

“Buat macam ni pun bagus. Bagi kat tauke personally. Tapi harap-harap tauke dapat terima dengan hati terbukalah. Yalah, customer bukannya marah dengan memalukan tauke dan staf kedai makan pun kan,” tulis netizen.

“Teguran dan pertanyaan dalam sangat sopan.. Kita tak rasa segan.. Tuan kedai tak juga terasa termalu sangat,” komen warga net.

“Lebih baik teguran macam ni jadi tuan kedai yang sendiri tau masalah masakan dia dari kita tegur depan-depan aibkan saja,” kongsi netizen.

Author

Pilihan Editor