HomeBeritaViralUmat Islam risau kena sertu, tapi pemuda ini tetap degil bawa masuk...

Umat Islam risau kena sertu, tapi pemuda ini tetap degil bawa masuk anjing dalam dobi

TINDAKAN seorang pemuda yang membawa masuk anjing peliharaannya ke dalam sebuah dobi, menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan pelanggan Islam.

Menerusi video tular, pemuda tersebut dilihat selamba meletakkan haiwan tersebut ke dalam bakul berlubang untuk menemaninya mencuci pakaian di premis tersebut.

Menganggap tindakan itu sebagai tidak sensitif terhadap agama Islam, orang awam yang berada di lokasi kejadian tampil menegur pemuda tersebut.

Teguran itu dibuat selepas khuathir akan najis dan air liur daripada haiwan tersebut akan terkena pada pakaian dan lantai, seterusnya mewajibkan orang Islam untuk melakukan aktiviti menyertu.

Namun, pemuda itu ibarat menegakkan benang yang basah, apabila tetap mempertahankan tindakannya yang dianggap tidak menyalahi undang-undang.

Pemuda itu berkata, dia sebelum ini pernah membawa masuk haiwan berkenaan ke dalam premis itu namun tidak ada yang pernah menegurnya.

@mohdzuhairizainud

Kedai dobi krubong perdana melaka… buat masa ini jgn cuci baju dekat sana..kedai kena samak dulu… dah bagitahu tuan punya kedai.#kerajaanmahaldani

♬ bunyi asal – mohdzuhairizainud – mohdzuhairizainud

Dia turut mendakwa, ada pihak lain yang pernah membawa masuk anjing ke dalam premis tersebut, menyebabkan dia juga boleh melakukan perkara sama.

Dalam perbualan itu juga, orang awam yang menegurnya mendakwa bahawa mereka ternampak anjing tersebut keluar dari bakul berkenaan, namun dinafikan pemuda terbabit.

Apabila diminta untuk meletakkan anjing itu ke dalam kereta atau di rumah, pelbagai alasan diberikannya.

Berdasarkan perkongsian di laman TikTok @mohdzuhairizainud, lokasi kejadian berlaku di kedai dobi Krubong Perdana, Melaka pada Ahad.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak berpuas hati atas tindakan pemuda berkenaan yang dianggap akan menyusahkan umat Islam.

Justeru, ada yang memberi saranan kepada mana-mana pengusaha dobi supaya meletakkan papan tanda larangan membawa masuk haiwan peliharaan.

Tulis Muhd Wafiq Naashi: “Bertenang, beri signboard binatang peliharaan tak boleh bawa masuk. Habis cerita.”

Tambah @Atoy:”Pendapat saya, tempat-tempat macam ini boleh buat dua cara. Sama ada letak papan tanda dilarang bawa binatang peliharaan atau tugaskan seorang pengawal keselamatan untuk jaga.”

Ujar @_ann85: “Selalunya pet not allowed. Ada certain tempat memang tak boleh dan premis kena action bab ini. Letak signboard please.”

Author

Pilihan Editor