HomeSukanTak matang! Penyokong pecahkan cermin kereta pengadil bola sepak

Tak matang! Penyokong pecahkan cermin kereta pengadil bola sepak

CYBERJAYA: Gara-gara tidak berpuas hati Terengganu FC (TFC) mara ke separuh akhir Piala Malaysia, beberapa penyokong Selangor FC bertindak memecahkan cermin hadapan kereta dipercayai milik seorang pengadil perlawanan.

Menerusi hantaran di Facebook Hot_Ice, kelihatan lubang besar di kereta hitam jenama Toyota itu yang didakwa hasil perbuatan khianat penyokong.

“Dilaporkan kereta pengadil perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Stadium MBPJ diapa-apakan,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah di ruangan komen rata-rata netizen menyelar tindakan sesetengah penyokong yang bertindak di luar kawalan hanya kerana kalah perlawanan.

“Ape teruk benor, dah kalah dahlah, JDT kalah ngan club Jepun pon relax je… Ini baru kalah ngan Terengganu dah macam ni… macam mana nak pergi Asia kalau kalah je koyak,” selar netizen.

“Natijah bila seekor CEO menyerang pengadil dan hanya dihukum gantung semasa off-season sahaja, maka kera-kera bawahan akan mula berani merosakkan kenderaan pula… kerana kera-kera ini menyangka mereka adalah Keramat Mat Kera,” komen netizen

“Hmmm ada juga puak-puak dari hutan datang tengok bola ekk… Mentaliti kuno,” kongsi netizen lain.

Perlawanan malam tadi menyaksikan juara Piala Malaysia musim lepas, Selangor FC tersingkir daripada saingan kejuaraan berprestij itu apabila tumpas 3-1 kepada TFC.

Pertahanan import Jordan, Yazan Al Arab dilayangkan kad merah selepas wisel penamat dibunyi apabila mempertikaikan keputusan pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir.

Tidak puas hati dengan keputusan itu menyebabkan Yazan naik berang sehingga bertindak menendang pengadil terbabit.

Author

Pilihan Editor