HomeHiburanYang penting saya nampak 'handsome' - Hael Husaini

Yang penting saya nampak ‘handsome’ – Hael Husaini

PENYANYI, Hael Husaini menyatakan selaku selebriti, dia perlu sentiasa kelihatan ‘presentable’ di mata masyarakat.

Hael atau nama sebenar, Hal Husaini Razmi, 36, berkata sedemikian susulan timbul isu mengenai wajahnya yang dikatakan seolah-olah cuba kelihatan seperti artis K-pop.

“Bagi saya, apa yang orang lihat Hael, itulah bentuknya. Tiada apa-apa yang mahu saya katakan mengenai perkara ini.

“Sebagai selebriti, saya sentiasa menjaga penampilan. Apa yang anda lihat, itulah saya.

“Ini bukan suatu perkara yang saya fikir perlu dirumitkan. Kita kena faham, saya adalah selebriti. Kerja selebriti adalah untuk kelihatan ‘presentable’ (berketrampilan).

“Saya mengaku suka tampak ‘presentable’ di mata masyarakat. Seperti saya kata, apa yang anda nampak, itulah saya,” katanya seperti dilapor BH Online.

Pelantun lagu Jampi itu turut menyatakan dia perlu peka dalam menjaga rutin hariannya memandangkan dia banyak diberi peluang membesar dalam dunia fesyen baik di Malaysia mahupun di luar negara.

“Lagipun, saya sudah berusia 36 tahun, jadi memang kena jaga semuanya. Jadi, apabila saya mewakili Asia Tenggara untuk beberapa acara fesyen, saya fikir itu adalah suatu kebanggaan yang dibawa.

“Membawa wajah dan mempromosikan nama negara, saya anggap ini suatu pencapaian besar.

“Saya sentiasa jaga diri kerana penampilan sangat penting untuk seorang selebriti. Kalau hendak diikutkan, saya fikir, sekarang adalah zaman visual. Anda bukan saja dengar saya di radio, malah, dalam semua platform.

“Sebagai selebriti, saya kena tunjuk contoh yang baik. Dalam hal ini, pastinya yang terbaik untuk diri sendiri.

“Apa yang penting, saya nampak ‘handsome’,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor