HomeGlobalAngkara Zionis, Gaza bergelap, penduduk kebuluran

Angkara Zionis, Gaza bergelap, penduduk kebuluran

MENTERI Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengumumkan bahawa, negara haram itu menyekat bekalan keperluan asas daripada memasuki Gaza seperti elektrik, makanan, air dan gas.

Israel turut mengisytiharkan pengepungan sepenuhnya di wilayah itu – yang mana bantuan tidak lagi dihantar di kawasan itu sejak Sabtu.

Perkara itu diumumkan pada Isnin, dua hari selepas Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) melancarkan serangan besar-besaran ke atas Israel dalam beberapa dekad.

Gaza dihuni kira-kira 2.3 juta penduduk dan 80 peratus daripada mereka bergantung kepada bantuan kemanusiaaan.

Penduduk kini dalam keadaan bergelap tanpa bekalan elektrik dan berkemungkinan akan kebuluran berikutan tiada lagi bekalan makanan dan air.

Kerosakan kepada kemudahan air, sanitasi dan kebersihan akibat serangan rejim Israel telah menjejaskan perkhidmatan lebih 400,000 orang.

“Begitu juga dengan loji kuasa Gaza yang satu-satunya sumber elektrik akan kehabisan l-bahan api dalam beberapa hari,” kata penduduk seperti dilapor Asharq Al-Awsad.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric berkata, Program Makanan Sedunia telah mengagihkan makanan kepada kira-kira 100,000 pelarian dalaman Palestin.

Usaha ini akan meningkat lapan kali ganda dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Saleh al-Arouri berkata, kumpulan pejuang itu menawan sejumlah besar tawanan Israel termasuk pegawai kanan.

Tanpa mendedahkan angka sebenar, beliau berkata, Hamas mempunyai cukup bilangan tawanan untuk membebaskan semua rakyat Palestin di dalam penjara Israel.

Author

Pilihan Editor