HomeHiburanBelum sempat bersanding, Badrul Muhayat meninggal dunia ketika tidur

Belum sempat bersanding, Badrul Muhayat meninggal dunia ketika tidur

KUALA LUMPUR: Pelakon, Badrul Muhayat meninggal dunia ketika tidur di Pulau Pinang, pada pagi Sabtu.

Berita sedih itu disahkan pelakon Anne Abdullah selepas dimaklumkan oleh isterinya, Norhayati Zulkapli.

“Saya nak maklumkan Badrul Muhayat meninggal dunia di Pulau Pinang selepas isterinya cuba kejutkan dia tapi sudah tidak sedarkan diri,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Difahamkan, Allahyarham Badrul atau nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 55, tidak mengalami sebarang penyakit serius.

Badrul dikurniakan dua cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun menerusi perkahwinan kali kedua dengan bekas isterinya, Julia Daud.

Badrul juga baru melangsungkan pernikahannya dengan Norhayati pada April lalu dan belum sempat mengadakan majlis resepsi.

Author

Pilihan Editor