CYBERJAYA: Baru-baru ini, kecoh di media sosial kes kanak-kanak tercampak keluar dari kereta dan dilanggar sebanyak dua kali.
Kejadian tersebut sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada orang ramai terutamanya yang sudah berkeluarga mengenai kepentingan Child Safety Lock yang terdapat pada kebanyakan jenis kenderaan.
Namun, pasti di antara pengguna tidak mengetahui cara untuk aktifkan fungsi tersebut.
Jangan risau, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Azri Tajudin ada berkongsikan cara untuk menggunakan kunci keselamatan kanak-kanak itu pada kereta anda.
Dalam video yang berdurasi selama seminit itu, Azri menunjukkan cara untuk mengaktifkan child lock pada pintu kereta.
Mungkin ada yang bertanya buat apa nak guna child safety lock sebab kereta memang ada ada ciri auto lock.
Namun, dengan ciri Child Safety Lock ini, pintu kereta tidak boleh dibuka dari dalam dan ia hanya boleh dibuka dari luar.
“Features ini boleh dikatakan ada pada semua kereta zaman sekarang.
“Ianya untuk mengelakkan anak-anak anda membuka pintu dari belah dalam semasa anda memandu.
“Cara nak guna macam ni saja, hanya turunkan lock dan tutup pintu, kemudian pintu hanya boleh dibuka dari luar sahaja,” jelasnya.
@azritajudin Child Safety Locks. Pada anak² yang suka dok buka lever pintu suka hati, lock lever pon skli dibuka.. Boleh guna cara ini. #fyp #fypシ #tipskereta #tipstiktok #tipsandtricks #soncinautomobile #mazdasungaipetani #mazdakedah #mazdamalaysia
Oleh itu, ia memang sangat membantu untuk menjaga keselamatan anak-anak anda ketika anda sedang memandu.
Semoga bermanfaat!