SEORANG wanita di Taiwan bergegas ke klinik, selepas berasa tidak selesa dan mendengar bunyi aneh di telinga kirinya.
Wanita berusia 64 tahun itu mengadu bahawa dia mengalami masalah tidur selama empat hari akibat perkara itu, selain merasakan ada sesuatu yang bergerak di dalam telinganya.
Ketika diperiksa, doktor mendapati terdapat seekor labah-labah yang sedang merayap dan bersarang di dalam telinganya, selain menemukan exoskeleton serangga tersebut.
Lapor NDTV, doktor menggunakan tiub untuk menyedut keluar serangga tersebut bersama exoskeletonnya.
Wanita itu kemudian dilapor tidak lagi mengalami ketidakselesaan pada telinganya.
Seorang wanita tidak dapat tidur lena selepas seekor labah-labah bersarang di dalam telinganya.
Sumber: NEJM pic.twitter.com/Sndwjf8ofV
— Media Variasi (@mediavariasi_) October 27, 2023
Doktor di Hospital Perbandaran Tainan di Taiwan kemudian menerbitkan laporan mengenai kes itu dalam New England Journal of Medicine.
Laporan itu antara lain menulis bahawa wanita itu tidak berasa sakit ketika serangga itu bersarang di dalam telinganya kerana saiznya yang kecil.
Seorang Profesor Emeritus Biologi di Universiti Ohio, Jerry Rovner menjelaskan bahawa, punca labah-labah itu bersarang di telinga wanita tersebut adalah untuk mencari tempat perlindungan selamat.