HomeBeritaViral'Future is bright' - Remaja bersolidariti dalam Roblox

‘Future is bright’ – Remaja bersolidariti dalam Roblox

GELOMBANG menentang kekejaman zionis Israel semakin bergema di seluruh dunia kerana sanggup membunuh nyawa tidak berdosa di bumi Palestin.

Lantas, ramai yang bangkit bersolidariti bersama Palestin menerusi anjuran himpunan aman.

Meskipun ada sebilangan himpunan aman tidak membenarkan para remaja bawah umur menyertai, ia tidak menjadi halangan buat mereka menyuarakan sokongan terhadap rakyat Palestin.

Perkara itu berikutan perkongsian di akaun X, Jalal Misai, terdapat sekumpulan remaja bawah umur yang mempamerkan solidariti bersama Palestin menerusi aplikasi permainan dalam talian popular iaitu, Roblox.

“Sekumpulan remaja bawah umur yang tidak dibenarkan menyertai demonstrasi bantah kekejaman Israel di beberapa negara telah menganjurkan sendiri perhimpunan solidariti Palestin di aplikasi permainan Roblox.. ‘Perhimpunan’ itu dapat sambutan seluruh dunia,” tulisnya berserta video suasana himpunan aman secara maya itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net berbangga dengan generasi anak muda yang dilihat semakin proaktif dalam mencari solusi untuk kekal menyuarakan sokongan mereka.

“Allahu Akbar..sekurang-kurangnya mereka berwawasan serta menzahirkan semangat solidariti dlm medium yang tersedia d alam maya,” tulis netizen.

“Ini menunjukkan tak kira apapun dimanapun solidariti tetap diperjuangkan, syabas anak2 muda,” komen warga net.

Future is bright,” ungkap seorang lagi pengguna aplikasi X.

Untuk makluman, Roblox adalah sejenis permainan dalam talian yang membenarkan pemain bermain secara beramai-ramai dan wataknya mempunyai persamaan tertentu dengan LEGO.

Malah, platform ini turut memberi akses kepada pengguna untuk membina ‘avatar’ mereka tersendiri.

Author

Pilihan Editor