AKIBAT gurauan tidak bertempat, seorang murid sekolah rendah terlantar kesakitan selepas mengalami komplikasi kecederaan tulang belakang disebabkan rakannya menarik kerusi ketika dia mahu duduk.
Kejadian itu dikongsikan oleh ibunya menerusi TikTok @azera5276, memaparkan keadaan anak perempuannya yang berusia 11 tahun menangis kesakitan di atas katil.
@azera5276 Perkara yang ditakuti , kakak iqa jatuh disebabkan kawan tarik kerusi ketika di sekolah,now kena bedridden selagi tidak sembuh ..Allah …semua pihak perlu diingatkan tentang bahayanya gurauan begituu…sekarang kami yang alami ujian ini…doakan kakak iqa cepat sembuh….AAMIN #fypシ #shahalam #jatuhdisebabkankawantarikkerusi
“Perkara yang ditakuti, kakak Iqa jatuh disebabkan kawan tarik kerusi ketika di sekolah. Now kena bedridden selagi tidak sembuh,” tulisnya.
Tambahnya, selepas ditahan selama empat hari di wad, anaknya dibenarkan pulang namun, perlu berulang-alik ke hospital bagi menerima rawatan fisioterapi.
“Disebabkan jatuh tempoh hari, kakak Iqa mengalami patah tulang coccyx, disc bulge dan bone bruise.
“kita akan berulang-alik pulak ke hospital untuk buat fisio ya kakak. Ibu ayah akan buat yang terbaik untuk kakak.
“Kakak je anak perempuan ibu ayah sekarang kakak makan ubat tahan sakit dan fisio,” luahnya.
Sementara itu, wanita ini sempat memberi peringatan kepada orang ramai bahawa perbuatan menarik kerusi merupakan satu kesalahan yang serius.
“Semua pihak perlu diingatkan tentang bahayanya gurauan begitu… sekarang kami yang alami ujian ini… doakan kakak Iqa cepat sembuh,” pesannya.