HomeGlobalHanya dengan CPR, anggota polis selamatkan nyawa ular

Hanya dengan CPR, anggota polis selamatkan nyawa ular

SEORANG anggota polis nekad menyelamatkan nyawa seekor ular yang hampir mati akibat kesukaran bernafas.

Menerusi video tular, konstabel yang dikenali sebagai Atul Sharma itu pada mulanya memegang kepala ular tidak berbisa itu, sebelum membasahkannya dengan air yang diletakkan di dalam baldi berhampiran.

Lapor NDTV, dia kemudian bertindak memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada reptilia tersebut.

Setelah percubaan beberapa kali, haiwan itu kembali bernafas dan boleh bergerak seperti biasa.

Lelaki itu kemudian dilihat mengusap kepala dan badan ular tersebut, selepas teruja dengan respons diberikan haiwan berkenaan.

Difahamkan, ular itu mengalami kesukaran bernafas selepas ia memasuki saluran paip di sebuah kediaman di Narmadapuram dekat Madhya Pradesh, India.

Apabila penduduk tempatan gagal mengeluarkannya dari paip tersebut, mereka bertindak menuang air yang dicampur dengan racun perosak.

Mereka kemudian menghubunginya pihak polis sebelum Sharma memberi CPR kepada haiwan tersebut.

Sharma mendakwa, dia sudah pun menyelamatkan sebanyak 500 ekor ular dalam tempoh 15 tahun lalu.

Katanya, dia mempelajari ilmu menyelamat dengan teliti berdasarkan siaran di Discovery Channel.

Author

Pilihan Editor