HomeGlobalHospital Sahabat Turkiye-Palestin di Gaza rosak teruk akibat serangan udara Israel

Hospital Sahabat Turkiye-Palestin di Gaza rosak teruk akibat serangan udara Israel

 

BANDARAYA GAZA, Palestin: Hospital Sahabat Turkiye-Palestin untuk pesakit kanser di Gaza rosak teruk akibat serangan udara Israel, umum Kementerian Kesihatan wilayah itu pad awal Isnin.

“Keadaan panik menimpa pesakit kanser dan kakitangan perubatan akibat pengeboman bertubi-tubi Israel terhadap satu-satunya Hospital Sahabat Turkiye untuk pesakit kanser di Semenanjung Gaza dan kerosakan teruk akibat pendudukan Israel yang berulang kali menyasarkan sekitarnya,” kata Dr. Subhi Skaik, ketua pengarah hospital itu di Facebook.

“Serangan itu bukan sahaja meningkatkan penderitaan dan kesakitan pesakit kanser serta menyekat ubat-ubatan dan perjalanan untuk rawatan ke luar negara, malah ia kini membahayakan nyawa mereka dengan menyasarkan persekitaran hospital,” tambahnya.

Kerajaan Turkiye membiayai pembinaan hospital itu dari 2011-2017, yang merupakan hospital terbesar di Palestin dengan keluasan 34,800 meter persegi terdiri daripada enam tingkat dan dengan kapasiti 180 katil. – Anadolu

Author

Pilihan Editor