HomeBeritaIbu bekerja boleh terima RM1,000 menerusi 'Mama Kerja' di Selangor

Ibu bekerja boleh terima RM1,000 menerusi ‘Mama Kerja’ di Selangor

CYBERJAYA: Golongan wanita di Selangor yang sudah berkahwin dan masih bekerja, berpeluang menerima insentif tunai berjumlah RM1,000 menerusi program Mama Kerja.

Insentif yang diberi Kerajaan Negeri Selangor itu dijangka melibatkan 5,000 wanita bagi tujuan meringankan beban penjagaan anak-anak.

Berdasarkan hebahan program Mama Kerja, permohonan boleh dibuat mulai 1 November 2023 menerusi pendaftaran dalam aplikasi Selangkah.

Bagaimanapun, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan dan memuat naik dokumen yang lengkap.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pemohon boleh melayari laman https://mamakerja.selangkah.my/.

Author

Pilihan Editor