CYBERJAYA: Isu panggilan daripada scammer ini seperti tiada kesudahan. Ada sahaja mangsa yang terpedaya dengan modus operandi namun, ada juga yang berjaya memerangkap scammer dengan permainannya.
Ia boleh dilihat menerusi perkongsian TikTok Iman Amira, di mana scammer tersebut terlalai seketika apabila mangsa menggunakan anak lelakinya untuk menjawab panggilan.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Iman, dia menerima satu panggilan yang mendakwa dirinya mempunyai satu barang yang tidak dituntut sebelum diarahkan untuk menekan butang kosong.
“Scammer call mula-mula ‘anda ada barang yang tidak dituntut di Poslaju’. Then tekan 0.
“Pada awal-awal perempuan India yang cakap dulu, lepas tu dia dengar budak yang angkat. Dia terus pass dekat lelaki Melayu ni,” kongsinya
@i.strawberryx Scammer call mula2 ” anda ada barang yang tidak dituntut di poslaju ” . Then tekan 0 . Pada awal2 perempuan india yang cakap dlu , lepastu dia dgr budak yg angkat . Dia terus pass dkt lelaki melayu ni . Eh die ajak borak pulak 🤣 DASAR SCAMMER #scammer
Malah, scammer yang memperkenalkan dirinya sebagai Ashraf turut menghalang kanak-kanak itu mematikan panggilan telefon.
Lebih memalukan, Ashraf dengan yakinnya mengatakan Yong Peng terletak di Perak ketika anak kecil itu menyatakan tempat tinggalnya.
Malas hendak melayan kerenah, Iman bertindak mematikan panggilan daripada scammer terbabit.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen geli hati apabila mendengar nada yang digunakan oleh scammer bersama anak kecil tersebut.
“Abang tu ingat dia call dengan anak dia ka,” komen netizen.
“Bercakap dengan budak terus tersasar niat asal dia,” kongsi pengguna TikTok
“Alololo mesti bang sayang budak-budak kan hahaha,” ulas warga net.