HomeBeritaJaga-jaga! 'Scammer' menyamar guna logo Tabung Haji berleluasa di FB, TikTok

Jaga-jaga! ‘Scammer’ menyamar guna logo Tabung Haji berleluasa di FB, TikTok

CYBERJAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan sindiket scam yang berleluasa di aplikasi Facebook dan TikTok.

TH dalam satu kenyataan memaklumkan, terdapat pihak yang menyamar dengan menggunakan logo TH serta menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan di platform itu.

“TH menyarankan para pendeposit dan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tipu helah yang dilakukan oleh ‘scammer’.

“Terbaharu, pihak yang tidak bertanggungjawab (scammer) kini menggunakan taktik di mana mereka mengiklankan skim pelaburan di media sosial seperti Facebook dan TikTok.

“Iklan-iklan ini akan dihubungkan dengan aplikasi WhatsApp untuk terus memperdaya orang ramai dengan menjanjikan keuntungan tinggi dan pantas,” katanya.

TH turut menasihati orang ramai terutamanya pendeposit TH untuk berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan menerusi skim-skim meragukan.

“TH sentiasa memberi peringatan dan nasihat berkaitan perkara ini kepada para pendeposit di platform-platform komunikasi rasmi TH.

“Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919,” maklumnya.

Author

Pilihan Editor