HomeBeritaJakim 'diseru' Anwar, ingatkan penjawat awam jangan membazir

Jakim ‘diseru’ Anwar, ingatkan penjawat awam jangan membazir

KUALA LUMPUR: ‘Jakim kena bantu beri peringatan dari sekecil-kecil dan sebesar-besar pembaziran’.

Demikianlah amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Oktober, di sini hari ini.

Beliau meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memainkan peranan dalam memastikan budaya pembaziran tidak diamalkan dalam kalangan kakitangan awam.

Nasihatnya, penjawat awam perlu kekal melakukan langkah penjimatan bagi memastikan dana awam tidak dibazirkan begitu sahaja.

Malah tegasnya, penjawat tidak perlu melihat soal pembaziran dalam konteks yang besar sahaja sebaliknya isu kecil seperti menutup lampu pejabat dan pemberian pen mengikut jawatan juga perlu dilakukan.

“Membazir tidak perlu yang besar, macam menggunakan elektrik seperti ‘ayah kita yang bayar’. Contohnya, beri lima batang pen kepada ketua jawatan tetapi Ketua Setiausaha, 10; menteri, 15; Perdana Menteri, 20.

“Masa saya berkhidmat di Jalan Duta satu masa dahulu, bila lihat ada lampu terbuka, saya minta ketua jabatan untuk tutup kerana ia bukan duit anda tetapi dana awam. Saya harap kita mulakan satu budaya, kerana melalui penjimatan, kita dapat buat banyak perkara lain,” katanya

“Itu semua kita kena baiki sebab ia adalah dana awam,” katanya memetik Berita Harian pada Isnin.

Author

Pilihan Editor