AGENSI meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami awal Khamis untuk rantaian pulau Izu selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda Lautan Pasifik.
Gempa bumi berlaku pada 11 pagi waktu tempatan (0200GMT) berhampiran Pulau Torishima pada kedalaman 10 kilometer (6.21 batu), lapor Kyodo News.
Pulau Torishima ialah sebuah pulau tidak berpenghuni yang terletak kira-kira 600 kilometer (373 batu) di selatan Tokyo.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, terdapat potensi tsunami 1 meter untuk sampai ke bahagian tertentu rantaian pulau itu sekitar jam 11.30 pagi (0230GMT). – Anadolu