HomeBeritaJerebu: Nilai, Bukit Rambai catat bacaan IPU tidak sihat

Jerebu: Nilai, Bukit Rambai catat bacaan IPU tidak sihat

CYBERJAYA: Dua kawasan dikesan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi tadi, berbanding tujuh kawasan pada 5 petang semalam.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU tertinggi membabitnbakan dua lokasi iaitu di Nilai, Negeri Sembilan (151) diikuti Bukit Rambai, Melaka (112).

Tujuh kawasan yang merekodkan kadar IPU tertinggi pada 5 petang semalam adalah Bukit Rambai (154), Bandaraya Melaka (151); Port Dickson, Negeri Sembilan (134); Tangkak, Johor (113); Alor Gajah, Melaka; dan Cheras masing-masing 105 manakala Batu Pahat, Johor (103).

Untuk makluman, IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Data IPU akan dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Author

Pilihan Editor