HomeBeritaJijik! 9 kedai makan kotor di Kampung Baru diarah tutup

Jijik! 9 kedai makan kotor di Kampung Baru diarah tutup

CYBERJAYA: Segelintir pemilik premis makanan dilihat masih degil untuk mengutamakan kebersihan di dalam kedai.

Terbaru, operasi kebersihan premis makanan yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar kawasan Kampung Baru mendapati premis makanan di situ gagal mengekalkan kebersihan.

Hasil pemeriksaan atas 25 daripada 30 premis makanan, sembilan premis diarah tutup di bawah seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan 28(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016.

Selain itu, DBKL dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 30 kompaun dikeluarkan di bawah undang-undang kecil yang sama.

Menurut DBKL, kompaun itu dikenakan atas pelbagai kesalahan khususnya kebersihan premis, pengendalian bahan mentah serta pekerja yang tiada suntikan tifoid. 

“Pelbagai kesalahan kecil dikesan seperti tiada lesen petempatan makanan, tiada suntikan typhoid dan kursus pengendali makanan.

“Lantai dinding dapur kotor serta jubin rosak, bahan makanan ditempatkan di atas lantai, tidak memasang dan menyelenggara alat perangkap minyak.

“Penyediaan makanan di atas lantai dan di luar premis serta terdapat hurungan makhluk perosak di petempatan makanan,” tulisnya.

Sehubungan itu, DBKL terus komited meneruskan pemantauan kerana ia melibatkan soal keselamatan dan kesihatan warga kota selaku pelanggan.

Author

Pilihan Editor