HomeBeritaViralJijik! Lelaki didakwa buang air besar di ruang wuduk

Jijik! Lelaki didakwa buang air besar di ruang wuduk

CYBERJAYA: Gara-gara kantoi membuang air besar di ruang wuduk, seorang lelaki bertindak di luar kawalan selepas ditegur orang awam.

Perbuatan jijik itu dikatakan berlaku selepas orang ramai selesai mengerjakan solat Zuhur di sebuah surau dekat Shah Alam, Selangor pada Rabu.

Lelaki berkenaan didakwa sengaja membuang air besar di ruang wuduk meskipun kemudahan tandas disediakan di kawasan itu.

Malah, selepas kantoi, lelaki itu dilihat mengejar seorang orang awam sehingga ke kedai makan berdekatan kemungkinan tidak berpuas hati dirinya dirakam.

Enggan mengaku bersalah, lelaki berbaju belang hitam putih itu kemudiannya dilihat mencampakkan sebuah kerusi besi ke arah perakam video.

Namun, menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan adakah individu terbabit membuang air besar di dalam kawasan surau atau dalam tandas surau.

“Kalau dia berak dalam surau, elok jer orang belakang budak tu keluar dari surau cam tak de apa-apa. Ni nak borak apa sebenarnya ni,” komen netizen.

“Berak dalam surau atau tandas surau… tak faham,” soal pengguna TikTok.

“Statement bagi jelas sikit bole? Dia berak dalam surau atau dalam tandas surau?” selar netizen.

Author

Pilihan Editor