HomeHiburanAdik-beradik Shila gaduh soal rumah? Lelaki ini jelaskan konsep 'pusaka'

Adik-beradik Shila gaduh soal rumah? Lelaki ini jelaskan konsep ‘pusaka’

KONTROVERSI membabitkan keluarga Shila Amzah nyata mendapat perhatian ramai pihak.

Malah, ada juga individu yang tampil memberi penjelasan berkaitan isu rumah pusaka yang dibangkitkan adik Shila, Amir Shafiq Amzah.

Menerusi video di TikTok, seorang lelaki yang bekerja dalam bidang kewangan dan pengurusan harta iaitu Muhamad Dzul Ikram menyatakan, kediaman yang kini didiami oleh Fauziah Sarman, Amir Syafiq, Syada dan Amir Syahir di Hulu Langat adalah milik Shila.

Perkongsian sama turut dinyatakan pertikaian berhubung tindakan Shafiq yang menuntut rumah itu sebagai rumah pusaka sedangkan Shila masih hidup dan segala pembayaran ditanggung oleh penyanyi berkenaan.

“Rumah atas nama kakak, dibayar oleh kakak dengan hasil pendapatan dia, maintenance rumah pun dibayar kakak.

“Tapi adik beradik claim rumah itu rumah pusaka? Kalau kakak meninggal, barulah rumah itu jadi pusaka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dzul Ikram mengingatkan orang ramai bahawa adik beradik tidak tersenarai dalam ahli waris yang berhak menerima pusaka.

“Adik beradik tak ada hak langsung atas rumah itu sebagai waris faraid. Yang ada hak adalah ibu bapa, suami dan anak lelaki dia.

“Itu pun bahagian untuk ibu bapa hanya 1/6, suami 1/4 dan baki dari harta itu dapat pada anak dia sebagai waris asobah,” kongsinya.

Justeru, Dzul Ikram menegaskan bahawa tindakan Shila untuk menjual rumah itu adalah dibenarkan kerana rumah tersebut atas namanya.

“Kakak hidup lagi, apa yang rumah pusakanya? Jadi, dia nak jual ke tak, dia ada hak sebab rumah itu atas nama si kakak,” ungkapnya.

@dzul_ikram91

Clearly dia tak tahu apa itu maksud pusaka #takafulawareness #takaful #financial101 #financialliteracy

♬ original sound – Teratai82 – Terataii

Untuk rekod, beberapa hari ini kecoh di media sosial mengenai masalah keluarga Shila Amzah apabila dia mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.

Menurut Shila, tujuan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo yang baharu.

Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq yang beranggapan kakak mereka itu menjual rumah kerana mahukan wang.

Author

Pilihan Editor