HomeBeritaViralKantoi! Pengemis campak duit ada TikTok, buat video pergi 'healing'

Kantoi! Pengemis campak duit ada TikTok, buat video pergi ‘healing’

CYBERJAYA: Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang pengemis yang mendakwa dirinya memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) bertindak agresif terhadap orang awam gara-gara tidak diberikan wang.

Dakwa pemilik video @aaparf, sekiranya permintaannya tidak ditunaikan, pengemis itu akan bertindak kasar.

“Ini kali kedua kena dengan pengemis yang kononnya dia kata dia pemegang kad OKU. lepas tu nak duit beli beras mak ayah.

“Tahun lepas kena dekat jalan Tunku Abdul Rahman, dia minta juga duit kata nak beli makanan. Kalau tak bagi dia akan mengamuk dan maki sampai nak pukul,” tulisnya.

@aaparf

Cuba balik up.. tadi tetiba kena b**** #fypシ #fypシ゚viral

♬ AIN’T GONNA STOP – Carol Kay

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net pernah didatangi individu OKU terbabit serta menyifatkan kelakuannya yang biadab.

“Lah.. pernah jumpa kat Aeon Nilai. Laki aku bagi RM1, dia amik, pastu dia cakap kalau RM1 je baik tak yah bagi,” kongsi netizen.

“Pakcik ni selalu je ada kat area Putrajaya, bila dia dah habis collect semua duit dia akan datang kedai kami untuk tukar duit kecil kepada duit besar,” komen netizen.

Malah, warga net turut menemukan akaun TikTok pengemis OKU terbabit. Namun tinjauan MEDIA VARIASI mendapati akaun terbabit berada dalam mod privasi.

“Nama bukan main, Raja Mohd Azri. follower dia lagi ramai dari aku. Chaitt pi la lawat tt dia tu ezry official,” kongsi netizen.

“Menyesal pula aku tengok TikTok dia, bukan main dia punya healing… aku dah lah baran,” komen netizen.

“Weh kemain lah tt dia kita yang tak minta sedekah ni pun tak mampu lagi nak healing macam dia,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor