HomeHiburanKau memang melampau! – Bekas adik ipar Shila Amzah dedah Shafiq ‘kaki...

Kau memang melampau! – Bekas adik ipar Shila Amzah dedah Shafiq ‘kaki pukul’

PERGELUTAN yang tercetus membabitkan keluarga Shila Amzah semakin hangat menjadi perhatian warga net apabila muncul seorang wanita dipercayai bekas adik iparnya, Nurul Anis Waheeda tampil mendakwa adik lelaki penyanyi itu, Shafiq pernah melakukan keganasan domestik terhadap dirinya.

Malah, Nurul Anis turut menyatakan Shafiq juga sanggup ‘naik tangan’ terhadap Shila dan ibunya.

“Dari dulu kau tak pernah berubah. Kalau kau cakap kakak kau kurang ajar dengan mak mungkin dia terlepas, orang dah lama bersabar, dah melampau Shafiq! Kau memang teruk.

“Orang tak tahu kan kau beduk kakak kau, kau beduk adik kau, mak kau, aku dan perempuan lain. Orang akan nampak salah kakak kau sebab dia dikenali. Orang kenal tak kau?,” katanya menerusi komen di Instagram.

Nurul Anis turut mendakwa Shafiq gemar memaparkan sisi dirinya selaku  mangsa keadaan sedangkan dia seorang yang tidak mengenang budi.

“Kau ‘play victim’ kerana diri sendiri pun bukan betul. Buktikan sekiranya kau betul.

“Kau memang melampau buat ni semua, kau pergi membuka aib diri kau sendiri. Macam-macam dah kakak kau tu tolong kau.

“Kau ingatlah sikit apa jadi kat kau ni semua kifarah atas apa yang sudah dibuat.

“Bukan terhadap keluarga saja malah terhadap anak sendiri juga kau ni ‘play victim’ Shafiq,” ujarnya.

Pada masa sama, Nurul Anis menegur Shafiq supaya menjalankan tugas selaku anak lelaki sulung dalam keluarga itu dan tidak terus mengharapkan orang lain menanggung kehidupannya.

“Macam mana kau nak sara keluarga kalau kau pun tak kerja, mengharapkan duit perempuan saja, hutang sana-sini.

“Dengan nafkah anak pun kau culas. Menggigil saja aku ni tau, nak hempuk muka kau. Aku ajak jumpa pun kau kecut!

“Ni kan kakak kau ajak jumpa pun menyorok dalam rumah. Kau jangan cabar tahap kesabaran orang tau!” tulisnya.

Terdahulu, Shafiq atau Amir Shafiq Amzah meluahkan amarah dengan tindakan kakaknya yang didakwa tidak mengadakan sebarang perbincangan sebelum membuat keputusan menjual rumah penyanyi itu.

Malah, Shafiq turut mendakwa Shila berniat menjual kediaman yang dihuninya bersama ibu dan adik perempuan mereka, Syada, pada harga pasaran yang tinggi, selain mempersoalkan tindakan Shila tidak menukar nama pemilik hartanah berkenaan.

Author

Pilihan Editor