HomeBeritaKPKT serbu bilik sewa sebesar 'liang lahad' di Taman Maluri

KPKT serbu bilik sewa sebesar ‘liang lahad’ di Taman Maluri

CYBERJAYA: Sebuah premis rumah kedai yang menyediakan perkhidmatan sewa bilik sebesar seakan ‘liang lahad’ di Taman Maluri disini, digempur pihak berkuasa hari ini.

Serbuan itu dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menerusi Operasi Menhalang Bahaya Kebakaran (MBK) di premis berkenaan yang terletak di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Dalam serbuan itu, didapati penghuni hanya dibekalkan satu tilam, plug pengecas dan lampu mentol, selain terpaksa berkongsi suasana yang sempit dan busuk dengan 40 ke 50 penghuni yang lain untuk dua tingkat banggunan berkenaan.

Sewaan berjumlah RM300 sebulan itu juga difahamkan amat berbahaya dengan faktor kebakaran dek kerana pengubah suaian tanpa kelulusan dilakukan bagi membina bilik sewa bersaiz kecil.

Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata, Operasi MBK itu dijalankan setelah menerima aduan daripada orang awam berhubung premis yang menawarkan 38 bilik.

Menurutnya, operasi yang turut membabitkan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dibuat selepas amaran terhadap pemilik premis yang mengubah suai banggunan tanpa kelulus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dikeluarkan lima hari sebelumnya.

“Pertama kali dalam sejarah, KPKT membuat pemeriksaan mengejut. tujuan operasi ini adalah mengenal pasti wujud bahaya kebakaran selain membawa bahaya kepada penduduk.

“Saya lihat sendiri bilik berbau, sempit dan seolah tiada ciri kemanusiaan. kutipan sewa yang tidak berbaloi untuk pertaruhkan nyawa penyewa bagi mengaut untung.

“Bukan itu sahaja, tidak ada sistem udara dan tidak dilengkapi dengan tingkap, 38 bilik tapi berkongsi satu tandas. Saya anggarkan 40 ke 50 orang penyewa mampu menularkan penyakit berjangkit sekiranya berterusan,” katanya memetik Kosmo pada Khamis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan mengejut sebuah premis bilik sewa di Jalan Maluri, di sini, hari ini.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan mendapati premis itu turut diubah suai tanpa kebenaran serta tidak dilengkali dengan alatan kecemasan seperti lampu kecemasan keluar.

Justeru, pihaknya akan mengeluarkan notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran di bawah Seksyen 8 Akta 341.

“Kita akan beri suatu tempoh yang sesuai kepada pemunya premis untuk mematuhi kehendak notis bagi menghapuskan bahaya kebakaran yang wujud (Seksyen 10 Akta 341).

“Jika notis tidak dipatuhi, satu kertas siasatan akan dibuka bagi tujuan pendakwaan,” maklumnya.

Author

Pilihan Editor