APLIKASI media sosial, Snap kini mempunyai lebih 406 juta pengguna aktif harian sekali gus memperlihatkan peningkatan positif sebanyak 12 peratus berbanding tahun 2022.
Perkara itu dimaklumkan Snap menerusi perkongsian data ketika mengumumkan penyata kewangan terkini mereka, lapor portal Amanz.
Peningkatan itu membuktikan bahawa aplikasi Snapchat yang kurang popular di rantau Asia Tenggara itu semakin mendapat tempat dalam hati pengguna.
Untuk makluman, Snapchat turut mempunyai penawaran langganan berbayar, Snapchat+ yang menawarkan beberapa ciri eksklusif lebih awal kepada pengguna.
Perkhidmatan Snapchat+ dilaporkan mempunyai sekitar 5 juta pelanggan aktif setakat ini.