HomeBeritaViralLelaki hilang lepas 'COD' Iphone kepada pelanggan

Lelaki hilang lepas ‘COD’ Iphone kepada pelanggan

CYBERJAYA: Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 27 tahun dilaporkan hilang selepas selesai membuat urusan bersama seorang pelanggan yang tidak dikenalinya.

Menerusi hantaran di Instagram @Eyraswan Ramadhan berkata, anak saudaranya, Muhammad Daniel Haikal tidak pulang ke rumahnya sejak 3 Oktober lalu.

Difahamkan, Daniel keluar berjumpa dengan pelanggannya untuk menghantar telefon bimbit kerana pelanggan terbabit menggunakan kaedah pembayaran tunai.

“Assalamualaikum semua warga FB, Instagram TikTok dan semua platform media sosial.

“Mohon bantu saya untuk mencari anak buah saya yang sudah dua hari hilang selepas pergi COD (cash on delivery) Iphone selepas deal dengan customer tidak dikenali,” tulisnya.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, lokasi terakhir Daniel dikesan berada di Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, Daniel sempat membuat panggilan video dengan tunangnya menggunakan aplikasi Facebook sebelum talian terputus kerana telefon mangsa habis bateri.

“Dia VC tunang dia di FB dan meminta tolong selamatkan dia, sambil menangis dan berlari-lari untuk mencari jalan keluar dari tempat tersebut.

“Tetapi VC termati sebab fon dia habis bateri dan dia tak sempat beritahu dimana lokasinya,” jelasnya.

Setakat artikel ini ditulis, Daniel masih belum dijumpai dan laporan polis sudah dibuat untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, wanita itu turut meminta orang ramai menyebarkan berita kehilangan anak saudaranya itu agar dapat ditemui segera.

Author

Pilihan Editor