PELAKON, Meerqeen semakin hilang sabar dengan dakwaan netizen sehingga menyentuh perihal orang tuanya selepas dituduh tidak menunjukkan rasa sokongan terhadap peperangan yang berlaku di Palestin.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di InstaStory miliknya, Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam , 22, berkongsi tangkap layan komen seorang netizen yang menggelarnya ‘anjing Israel’.
Pelakon yang melonjak naik itu kelihatan berang apabila netizen itu turut menyentuh tentang ibu bapanya dengan mendakwa mereka diberi makan rezeki dari Israel.
“Bodoh anjing Israel. ‘Goyang’. Memang rezeki kau bagi makan mak ayah kau dari Israel, bukan Allah. Tapi ‘Palestin Palestin’ langsung tiada? Rezeki dari Tuhan.
“Kau yakin rezeki kau ada dan takut rezeki hilang disebabkan selain daripada Allah, hilang satu pertiga agama bro,” tulis netizen itu.
Berang dengan komen yang dilemparkan, Meerqeen memberi amaran supaya netizen terbabit tidak menyentuh peribal orang tuanya yang dianggap melampau.
“Mak bapa aku kau jangan main anjing,” balas Meerqeen ringkas.
Dalam hantaran berbeza, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menjalankan kerja Tuhan.
“Ramai manusia nak jalankan kerja Tuhan. Aku tahu apa aku buat untuk saudara kita di Palestin. Aku tak perlu nak menunjuk-nunjuk bantuan apa yang aku bagi pada mereka untuk senangkan hati manusia-manusia lain.
“Cukup aku seorang sahaja yang tahu apa peranan dan tanggungjawab aku sebagai seorang Muslim untuk orang di palestin. Pemberian aku Ikhlas. Berhenti menunding jari pada orang,” tulisnya.
Tinjauan Media Variasi di Instagram Merqeen setakat jam 12.30 tengah hari tadi mendapati hantaran berhubung kemarahannya terhadap netizen berkenaan sudahpun dipadamkan.
Terdahulu, Meerqeen dikecam warga net selepas bergambar dengan aktres kelahiran Israel, Gal Gadot.
Lama berdiam diri, Meerqeen akhirnya bersuara sekali gus menegaskan dia turut mengutuk setiap kekejaman yang berlaku di Gaza.