KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mendedahkan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dipanggil dua kali disebabkan pendirian tegas negara dalam isu Palestin.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menerima dua notis tata tindak pada 13 dan 30 Oktober lepas kerana keengganan negara melabel Hamas sebagai pengganas.
“Duta Besar kita ke Washington telah dipanggil oleh Amerika Syarikat yang mempersoalkan keputusan kita terhadap permasalahan israel, khususnya keganasan Israel terhadap Gaza. Duta Besar kita tegas menyatakan pendirian kita.
“Oleh kerana keengganan kita untuk membantah tindakan Hamas dan menganggap Hamas sebagai pengganas, maka saya juga mendapat maklumat dan melalui Kementerian Luar, kita telah menerima demarche atau tata tindak dari Kedutaan Amerika Syarikat… dua kali.
“Pertama pada 13 Oktober, dan kedua pada 30 Oktober,” tambahnya.
Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini. – Awani