HomeBeritaViral'Mas kahwinnya alat sekolah' - Bapa pengantin perempuan 'nervous' sampai tersasul

‘Mas kahwinnya alat sekolah’ – Bapa pengantin perempuan ‘nervous’ sampai tersasul

PASANGAN yang bakal berkahwin pasti akan merasai perasaan gementar dan berdebar-debar sebelum melangsungkan akad nikah.

Bahkan, bapa kepada pengantin juga boleh tampak gementar hingga mengakibatkan berlakunya perkara luar jangkaan dan mencuit hati seperti tersasul bicara ketika sesi ijab kabul.

Menerusi video tular di TikTok, kelihatan seorang bapa kepada pengantin perempuanĀ  sedang melalui proses pernikahan anaknya bersama lelaki pilihan.

Walau bagaimanapun, kejadian di Indonesia itu mencuit hati apabila saat proses melafazkan akad, bapa pengantin itu tersasul menyebut set alat solat sebagai set alat sekolah sebagai mas kahwin anaknya.

ā€œSaudara Chandra Bachtiar, saya kahwinkan kamu dengan anak saya, yang bernama Tria Anawati dengan mas kahwin seperangkat alat sekolah, eh solat,ā€
ungkapnya.

Malah, kesilapan bapa pengantin itu telah membuatkan ruangan majlis akad nikah tersebut gamat dengan suara ketawa tetamu majlis dan juga pengantin kerana terhibur dengan bapa pengantin yang tersalah menyebut mas kahwin.

https://www.tiktok.com/@kurirgunung/video/7293404025435802886?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7272230402668185096

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net turut terhibur serta ada juga yang turut berkongsi pengalaman mereka ketika menghadiri majlis akad nikah.

ā€œKawan saya lagi teruk, dengan mas kahwin 2 ringgit tunai, imam tu bilang, 2 ringgit, ikan masin pun tak dapat beli,ā€ kongsi netizen.Ā 

ā€œBapak gua dulu pas nikahin kakak gua harusnya dia nyebut nama kak gua tapi palah nyebut nama dia sendiri,ā€ komen netizen.

ā€œDi ulang2 tetap ngakak, sampe sakit perut bapak lucu,ā€ tulis warga net.

Author

Pilihan Editor