HomeGlobal‘Nak sambung makan lepas bersalin’ – Wanita pecah air ketuban di restoran...

‘Nak sambung makan lepas bersalin’ – Wanita pecah air ketuban di restoran minta staf jangan kemas meja lagi

SIAPA sangka dalam keadaan cemas, seorang wanita yang hampir bersalin masih sempat berpesan kepada pelayan di sebuah restoran supaya tidak mengangkat makanan yang dipesannya yang telah dihidangkan atas meja.

Kejadian yang berlaku pada Isnin di Bangkok, Thailand itu diceritakan semula oleh pengurus restoran berkenaan, Yuthaphum Kaewkhem menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Difahamkan, air ketuban wanita terbabit pecah ketika sedang menikmati ‘mookata’ (hidangan berupa barbeku-steamboat ala Thai).

Menurut Yuthaphum atau lebih mesra disapa Boom, ketika pekerjanya sedang mengatur pengangkutan ke hospital dengan segera, wanita itu terus bertegas bahawa dia akan kembali semula di restoran itu untuk menghabiskan makanannya memandangkan dia baru menikmati makanan itu beberapa suapan sahaja, lapor akhbar Thai Khaosod.

Permintaan yang disuarakan wanita itu kepada pekerja Boom membuatkan dia terkejut lalu menyatakan dia akan memberi makanan percuma kepada wanita itu.

“Beritahu pelanggan (wanita terbabit) bahawa saya akan memberinya makanan percuma untuk sembilan bulan akan datang.

“Buat masa ini, dia harus fokus melahirkan bayinya,” kata Boom kepada pekerjanya.

Laporan sama turut menyatakan pada keesokan harinya, Boom mendedahkan bahawa dia telah melawat wanita berkenaan yang selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Malah, Boom turut dilihat memberikannya makanan, kuali pemanggang mookata, dan peralatan dapur lain di hospital bagi kegunaan wanita tersebut.

Author

Pilihan Editor