HomeBeritaPelajar Tingkatan 4 parah nahas dengan lori

Pelajar Tingkatan 4 parah nahas dengan lori

CYBERJAYA: Seorang penunggang motosikal parah selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 5.5, Lebuhraya Elite dari Putrajaya ke Shah Alam, 3.40 petang Khamis.

Lori berkenaan disyaki telah melarikan diri selepas kemalangan berlaku.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa bersama pembonceng masing-masing wanita berusia 16 tahun dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Taman Puchong Permai ke rumah di Kampung Sri Aman.

Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki motosikal Honda RSX telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

“Akibat kemalangan, penunggang motosikal cedera parah pada kaki kanan dan telah dibawa ke Hospital Klang manakala pembonceng dibawa ke Hospital Putrajaya bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 0194642222.

Author

Pilihan Editor