BARU-BARU ini, tular video seekor buaya berada dalam longkang di sebuah kawasan perumahan di Tabuan Jaya, Kuching, Sarawak.
Video yang dimuat naik menerusi TikTok @bossmichael_oe itu memaparkan pasukan bomba tampil di kawasan kediaman itu bagi melaksanakan operasi penangkapan buaya berkenaan.
Berdasarkan video itu, pasukan bomba berjaya mengeluarkan buaya yang bersaiz besar itu dari kawasan longkang dengan badannya diikat bagi tujuan keselamatan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net memuji pasukan bomba Sarawak yang dilihat cekap menjalankan tugas mereka.
“Solute laaa..pekerjaan bomba.. risiko tau kerja dia orang..should increase their salary,” puji netizen.
“Ni baru berbaloi panggil bomba..klu tak kucing atas langsir pon pergi call bomba,” komen seorang lagi pengguna TikTok.
“keja bomba la yg paling aku nmpk btl² bt kja…smua bnda yg jd mesti depa ada…terbaik,” tulis warga net.
Ada juga yang sempat berseloroh mengatakan Malaysia mempunyai daya tarikan tersendiri kerana mempunyai spesis ‘luar biasa’ dalam kawasan longkang.
“Dah biasa ni…negara lain..kat longkang ada ikan…kat Sarawak lebih rare…ada buaya..pinjam seratus,” seloroh netizen.
“Risauuu risauuuu…belakang rumah saya dh la banyak biawak, takut bertukar jadi buaya,” tulis seorang lagi warga net.
@