PEMAIN bola sepak Belanda, Anwar El Ghazi digantung oleh pasukannya, Mainz 05 pada Selasa selepas pihak kelab menganggap sikapnya terhadap Palestin “tidak dapat diterima oleh kelab”.
Dalam satu kiriman Instagram yang kini telah dipadam, El Ghazi berkata, “Dari sungai ke laut, Palestin akan merdeka.” Kenyataan tersebut dianggap seperti menafikan hak Israel untuk wujud.
Mainz 05 suspend Anwar El Ghazi. pic.twitter.com/44m5HjtBOn
— Mainz 05 English (@Mainz05en) October 17, 2023
Mainz 05 menyatakan bahawa kelab menghormati pandangan yang berbeza mengenai konflik Timur Tengah yang berlangsung selama beberapa dekad.
“Walau bagaimanapun, kelab menjauhkan diri dari kandungan kiriman media sosial yang mempertikaikan sesuatu perkara, kerana ia tidak sejajar dengan nilai-nilai kelab,” demikian kenyataan kelab selepas pergantungan El Ghazi.