HomeBeritaViral'Please buang ubat yang dah expired '- Anak batuk, mulut berbuih lepas...

‘Please buang ubat yang dah expired ‘- Anak batuk, mulut berbuih lepas makan ubat tamat tempoh

SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila anak perempuannya secara tiba-tiba jatuh longlai dan tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis ubat.

Menerusi perkongsian TikTok @msrs, badan anaknya memberi tindak balas negatif disyaki mengambil ubat jenis Paracetamol yang sudah tamat tempoh.

Pada awalnya, anaknya yang baru pulang dari sekolah mengadu mengalami demam.

Namun, selepas pengambilan tersebut, anaknya terus menjerit dan mendakwa seluruh badannya terasa gatal.

“Kakak demam balik sekolah, saya suruh dia makan ubat Paracetamol. Dia ni jenis susah makan ubat, dia punya drama tak nak makan ubat jangan cakaplah. Memang stress.

“Tak lama lepas makan ubat tu, kakak kata dada dia sakit macam nak muntah. Lepas tu dia jerit satu badan dia gatal.

“Saya masih ingat dia overreacted and just nak attention so saya ignore. Lepas tu dia jerit pulak mulut dia sakit.

“Bila saya tengok, mulut dia dah bengkak, muka penuh ruam. Dia lembik tak larat terus tumbang, saya angkat dia ke katil terus dia muntah banyak,” kongsinya.

Lebih parah apabila mulut anak gadisnya mula berbuih selepas batuk.

“Lepas tu dia batuk dan keluar buih penuh kat mulut dia. Saya panggil dia, tepuk-tepuk muka dia, tapi dia tak sedar.

Nasib time tu, husband baru balik. Terus dukung bawa ke emergency hospital.

“Bila sampai hospital, oksigen level dia drop. Tak dapat bayangkan kalau kami lambat ke hospital.

“Tak lama lepas tu kakak sedar. Alhamdulillah, kakak warded satu malam dan pulih, sembuh macam biasa,” luahnya.

Susulan insiden yang dialami anaknya, dia terus membuang semua ubat-ubatan yang tamat tempoh.

Please buang semua ubat yang dah expired. Jangan simpan ubat lama-lama,” pesannya.

Author

Pilihan Editor