JIKA sebelum ini kecoh mengenai isu boikot produk McDonald’s kerana didakwa menyokong Israel, kini giliran produk keluaran Nestle pula menjadi perhatian netizen di negara ini.
Baru-baru ini, tular gambar notis pemberitahuan oleh sebuah premis memaklumkan tiada penjualan minuman Milo dan Nescafe di premis berkenaan.
“Untuk makluman pelanggan, bermula hari ini kami tidak lagi menjual barangan keluaran Nestle, Milo dan Nescafe sebagai tanda membantah kekejaman Yahudi Laknatullah dan perasaan simpati buat bumi Palestin.
“Kami akan cuba menggantikan barangan tersebut dengan brand lain yang lebih sesuai. Kami memohon kemaafan buat semua pelanggan.
“Inshaallah kita cuba sekadar yang termampu,” berikut antara yang ditulis dalam notis pemberitahuan itu.
Gambar yang dikongsi menerusi Facebook Kun Anta itu turut menjadi perhatian warga net yang turut meninggalkan pelbagai reaksi.
“Alhamdulillah langkah yg bagus utk peniaga yg lain ikut,” tulis netizen.
“Ni cara yg btol utk boikot..tros x amek stock yahudd…baru la pengguna senang nk memilih,” kata seorang lagi pengguna Facebook.
“Dah jual koko jangan charge harga milo plak,” seloroh seorang netizen.
“Jangan order Milo & Nescafe dh lps ni di kedai makan!!” tulis warga net.
Berdasarkan tinjauan di komen mendapati, gambar notis pemberitahuan boikot itu merujuk kepada sebuah premis kedai makan di Shah Alam, Selangor.