HomeHiburanRambut Hafiz Suip warna hijau, netizen dakwa ‘kebulur’ perhatian?

Rambut Hafiz Suip warna hijau, netizen dakwa ‘kebulur’ perhatian?

PENYANYI, Hafiz Suip yang kian lama ‘menyepi’ dalam industri muzik kini kembali menjadi perhatian apabila memuat naik foto penampilan baharunya dengan rambut berwarna hijau.

Foto yang dimuat naik menerusi hantaran di Instagram miliknya itu nyata membuatkan ramai pihak terkejut.

Perkara itu susulan pelantun lagu Kisah Cinta Kita itu kelihatan amat berbeza dengan imejnya sebelum ini dan didakwa terlalu mengikut budaya Barat.

“Definisi bapak kau hijau,” tulis Hafiz sebagai kapsyen foto berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net mengecam imej terbaharu yang digayakan Hafiz dan menyifatkan dia semakin terpesong.

Malah, ada yang menyifatkan Hafiz ‘kebulur’ perhatian gara-gara sudah lama tidak kelihatan dalam industri muzik tanah air.

“Faham, dah lama sendu, terus buat hal supaya orang ingat kau balik, kesian hidup berkiblatkan kontroversi murahan,” tulis seorang warga net.

“Ingat smart ke buat rambut kaler macam tu?” soal netizen di ruangan komen foto itu.

“Rambut hijau style kafir ke? Malulah sikit dengan Allah, kau bukan muda lagi, ingatkan lama menyepi makin elok, rupanya makin teruk, macam terpesong dah,” komen netizen.

“Muhasabah diri Hafiz, orang tengah sibuk dengan isu Palestine, kau sibuk dengan rambut tak semenggah kau ni,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Author

Pilihan Editor